Dari segi luaran, ianya tidak nampak begitu menyelerakan tetapi amalan
pemakanan buah prun memberikan banyak faedah kesihatan disebabkan oleh
nutrisi yang terkandung, membuatkannya sebagai salah satu makanan paling
berkhasiat di dunia.
Vitamin K yang banyak terkandung dalam buah tersebut mampu membantu
menguatkan tulang serta membekukan darah. Di samping itu, serat terlarut
dalam prun juga berupaya melambatkan proses penyerapan glukosa dan
menstabilkan tahap gula dalam darah.
Disebabkan oleh sifatnya yang kaya dengan bahan anti-oksida yang jarang didapati dalam kebanyakan makanan lain, buah prun berupaya menghindari pengoksidaan kolestrol dalam badan, lantas mencegah plak dari berkumpul di bahagian arteri. Zat kalium di dalamnya juga membantu merendahkan tekanan darah.
Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan buah prun. Serat yang banyak terdapat boleh memberikan rasa kenyang yang membuatkan anda menghindari tabiat memakan terlalu banyak.

<SUMBER>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan