KARIPAP PUSING

Ahad, 23 Jun 2013

Kisah Kucing Rasullulah SAW

Anda kasih tak akan kucing? Kucing sebenarnya dijadikan Allah SWT untuk bermanja-manja dengan manusia.  Kucing merupakan binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW.  Tahukah anda apakah nama kucing Rasullullah?


Kucing merupakan haiwan yang manja dan comel

Telah diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. 
Suatu ketika, dikala Nabi Muhammad SAW hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi Muhammad SAW pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, Rasululllah SAW  menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing  baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya,  Nabi selalu menggendong  Mueeza dan diriba di atas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang  disukai Nabi ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, Baginda selalu berpesan supaya menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Gambar sebagai hiasan sahaja

Siksaan Neraka Bagi Orang Yang Menyiksa Kucing
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya Rasulullah, isteri Baginda juga yakni Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkannya.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan di rumahnya.
Sekalipun kita tidak gemarkan kucing, apa salahnya andai kita memberi makan kucing-kucing terbiar dengan niat untuk mendapat pahala.  Jom sayangi kucing!
sistemwebsegera.com

Khamis, 20 Jun 2013

Kuasa senyuman

SEKUNTUM senyuman yang kamu lemparkan mampu untuk menceriakan kehidupan insan lain. Betul, hanya dengan berbekalkan sekuntum senyuman sahaja.
Kamu juga akan mendapat manfaat yang pelbagai untuk kesihatan hasil daripada senyuman kamu itu. Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh kamu.
Jadi, jika kamu ingin sentiasa tampil sihat dan bertenaga, berikan senyuman kamu yang paling manis buat mereka yang berada di sekeliling kamu dan teruskan membaca! - LAILISUHANA
10 sebab mengapa kamu perlu senyum
Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.
Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merengangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata.
Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.
Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.
Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.
Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira.
Tahukah kamu, apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.
Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan
otot pada saluran pencernaan) usus masih perlahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.
Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik. sumber


Sabtu, 15 Jun 2013

Subhaanallah, air liur kucing itu suci


"Dan sungguh, pada haiwan ternak itu terdapat pelajaran bagi kamu," (QS. An - Nahl 66).

Anda suka kucing? Jika dipelihara dan dijaga, kucing adalah binatang yang lucu. Namun sebahagian dari kita ada yang was-was jika memelihara kucing. Terutama kerana cara penjagaannya. Tapi kucing berbeza dengan anjing.

Kucing termasuk binatang yang suci. Suci badannya dan suci liurnya.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis bahawa ada seorang budak wanita yang membawa makanan untuk Aisyah ra, tapi ketika itu beliau sedang solat.

Kemudian budak ini meletakkan makanannya. Tiba-tiba datang seekor kucing dan memakan makanan itu.

Setelah Aisyah ra selesai, beliau mengambil bekas gigitan kucing. Kemudian Aisyah ra menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda, "Kucing itu tidak najis, kerana mereka termasuk binatang yang sering berkeliaran di tengah-tengah kalian."

Aisyah menambah, "Aku pernah melihat Nabi SAW berwudhu dari sisa air yang diminum kucing," (HR. Abu Daud 76 dan disahihkan Al-Albani).

Hadis ini menunjukkan bahawa kucing adalah binatang yang suci, dan air liurnya juga suci. Abu Yusuf, Imam Malik, Imam Syafie, dan Imam Ahmad berpendapat bahawa kucing suci badannya dan air liurnya tanpa makruh.

Sementara kencingnya dan kotorannya, majoriti ulama berpendapat statusnya najis.
Diterjemahkan dari sumber islampos - sumber
sistemwebsegera.com

Khamis, 6 Jun 2013

Ketatkan otot pelvik

Senaman kemutan tingkatkan tahap kesihatan selepas hamil dan akibat proses penuaan

Kemutan faraj baik untuk kesejahteraan dan kesihatan diri terutama bagi yang sudah berumahtangga. Namun kemutan yang tidak mengikut kaedah yang betul dan tidak bertenaga kurang memberi manfaat secara keseluruhannya. 

Kemut bukan ayat berbaur lucah atau menggugat sensitiviti budaya. Ia adalah senaman membabitkan kesihatan yang perlu dikongsi bersama. 
Di Benua Afrika, ada kaum yang melatih anak perempuannya cara kemutan yang betul. Ia ia menjadi tradisi dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi mengenai ilmu berkenaan bagi memastikan mereka bersedia melangkah ke alam rumah tangga. 


Di Australia, kesedaran pentingnya wanita melatih otot pelvik menerusi teknik kemut begitu meluas dibicarakan. Sasaran utama kempen berjudul otot pelvik mensasarkan wanita yang baru atau pernah menyusu bayi, wanita yang sedang dan sudah melalui proses menopaus serta wanita hamil. 

Kajian di Australia mendapati, lebih 50 peratus wanita berusia 40-an mengalami masalah menahan kencing disebabkan lantai pelvik, otot dan saraf lemah. 

Hakikatnya, bagi ibu yang sedang sarat hamil, masalah kekerapan membuang air kecil adalah perkara yang sering berlaku terutama pada akhir kehamilan, namun ada juga yang mengalami masalah itu sejak awal kehamilan. Paling teruk, ada yang tidak dapat menahan rasa kencing dan boleh terkucil pada bila-bila masa saja. 

Ini bukan perkara biasa kerana masalah ini berpunca daripada bebanan berat janin yang memberi tekanan kepada pundi kencing manakala otot dasar pelvik lemah boleh memberi implikasi mereka terkucil akibat tidak dapat mengawal atau menahan kencing. 
Kebarangkalian wanita berhadapan masalah lebih lebih tinggi khususnya wanita berusia dan kerap bersalin serta struktur tubuh wanita sendiri. 

Apabila otot dasar pelvik kuat, ia membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan wanita serta membina keyakinan diri ketika melakukan pelbagai perkara. Menguatkan otot dasar pelvik, boleh dilakukan menerusi senaman kemutan atau kegelini. 

Persoalannya, adakah teknik kemutan secara semula jadi yang dibuat menjadi dan sempurna kaedahnya? Hakikatnya, walaupun kerap dalam sehari melakukan senaman kemutan ia masih gagal membantu mengatasi masalah itu jika tidak tahu prosedur yang betul. 

Jangan berdiam diri 

Justeru, sikap malu harus dibuang jauh-jauh. Cuma apa yang berlaku sekarang walaupun sudah beranak-pinak, perkara membabitkan alat kelamin mahupun bahagian peranakan dianggap cerita sensitif. 

Ia dianggap rahsia sehinggalah penyakit yang dialami mula ‘bernanah’ barulah empunya diri sedia berjumpa doktor atau berkongsi cerita dengan teman baik. 

Eksekutif Kanan Pemasaran Bioinfinity, Kwek Sok Yin, berkata otot dasar pelvik lemah memberi kesan untuk mengawal kencing dan penyebab gagal menahan kencing. 

“Ketika mengandung umpamanya otot pelvik menjadi lemah dan bayi yang berada dalam perut menekan pundi kencing menyebabkan ramai wanita tidak dapat menahan kencing. Begitu juga selepas melahirkan, otot akan kendur dan longgar. Oleh itu, senaman kemut amat penting untuk menguatkan semula bahagian otot. 

“Malah ada wanita yang mengandung terkucil ketika batuk atau bersin dan ada yang mengaitkan situasi itu dengan peranakan jatuh. Semua ini boleh dirawat dan sembuh jika kena dengan caranya,” katanya. 

Beliau berkata, otot pelvik yang kuat memainkan peranan besar dalam memastikan proses kehamilan selamat dan sihat. Ketika mengandung otot lantai pelvik ini perlu menampung berat tambahan bayi yang dikandung dan ketika bersalin. Otot lantai ini juga membantu menolak keluar bayi dan memastikan proses bersalin berjalan lancar.

INFO 

Tujuh sebab perlu kuatkan otot lantai pelvik:
 
  • Kecantikan bermula dengan kesihatan yang lebih baik 
  • Kehamilan dan melahirkan 
  • Proses penuaan semula jadi dan menopaus 
  • Menambah keyakinan diri dan meningkatkan tindak balas seksual 
  • Mengelakkan masalah organ pelvik jatuh 
  • Mencegah atau merawat inkontinen 
  • Alternatif kepada pembedahan, ubat-ubatan, lampin dewasa dan tuala wanita.
  • sumber