KARIPAP PUSING

Selasa, 24 Disember 2013

Wuduk sempurna mudahkan kita dilihat di akhirat

Wuduk sempurna mudahkan kita dilihat di akhirat
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah pergi ke sebuah kubur dan mengucapkan: Selamat sejahtera untuk saudara semua yang menjadi penghuni rumah orang beriman. Kami menjejaki saudara semua dengan izin Allah. Kami berharap dapat bertemu dengan saudara sekalian. 

Sahabat berkata: Wahai utusan Allah! Bukankah kami ini juga saudara kamu? Baginda berkata: Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Manakala saudara-saudaraku belum datang lagi. Mereka bertanya lagi: Bagaimana tuan boleh mengetahui berkenaan orang yang belum ada, wahai utusan Allah? 


Baginda berkata: Jika seorang lelaki mempunyai seekor kuda putih dari kepala hingga kakinya, dan kudanya itu berada bersama seekor kuda hitam, tidakkah beliau mengenali kudanya sendiri? Mereka menjawab: Sudah tentu beliau mengenalinya wahai utusan Allah. 


Rasulullah meneruskan: Sebenarnya, saudara-saudaraku yang datang itu adalah bercahaya wajahnya dan putih bersih kulitnya dengan sebab mereka berwuduk. Saya pun mendahului mereka pergi ke Telaga Kauthar di dalam syurga.” (Riwayat Muslim) 

Hapus kesalahan, naikkan darjat 

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Adakah saudara semua suka jika saya tunjukkan satu amalan yang dapat menghapuskan semua kesalahan dan menaikkan darjat? Sahabat menjawab: Ya, beritahulah kami berkenaan amalan itu wahai utusan Allah. Baginda berkata: Amalan itu adalah berwuduk dengan sempurna walaupun saudara terpaksa melakukannya seperti ketika mendapat air yang terlalu sejuk. 
Amalan seterusnya, banyakkanlah melangkah kaki ke masjid. Tunggulah waktu solat walaupun baru selesai menunaikannya. Itulah yang disebut ribat, iaitu perjuangan menahan nafsu demi memperbanyakkan ketaatan kepada Allah.” (Riwayat Muslim) 
Wuduk yang sempurna akan memudahkan kita dilihat di akhirat nanti melalui raut wajah yang bercahaya. Oleh itu, pastikan wuduk yang diambil bagi membolehkan kita menunaikan ibadat sempurna mengikut sunnah Rasulullah. 

Selain wajah yang bercahaya, wuduk yang sempurna juga mampu menjadi penyejuk kepada hati yang sedang marah dan kerana itu kita disaran mengambil wuduk ketika marah. Mungkin tidak ramai menyahut saranan itu tetapi bagi yang melaluinya, terbukti ia berkesan -sumber


Khamis, 12 Disember 2013

Koleksi Kucing Menguap

Dipos oleh Vyrec.