Kucing merupakan haiwan yang manja dan comel
Telah diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala Nabi Muhammad SAW hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi Muhammad SAW pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, Rasululllah SAW menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan diriba di atas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang disukai Nabi ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, Baginda selalu berpesan supaya menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Gambar sebagai hiasan sahaja
Siksaan Neraka Bagi Orang Yang Menyiksa Kucing
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya Rasulullah, isteri Baginda juga yakni Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkannya.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan di rumahnya.
Sekalipun kita tidak gemarkan kucing, apa salahnya andai kita memberi makan kucing-kucing terbiar dengan niat untuk mendapat pahala. Jom sayangi kucing!