Hikmah beristighfar mohon keampunan
Syaddad bin Aus berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Istighfar iaitu
doa meminta ampun yang utama dengan membaca: Wahai Tuhan! Engkaulah
Tuhan saya. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau menjadikan saya, dan saya
ini adalah hamba-Mu.
Saya mencuba sedaya upaya melaksanakan janji kepada-Mu. Saya
berlindung kepada-Mu daripada perbuatan jahat saya sendiri. Saya mengaku
Engkau sudah memberi banyak nikmat kepada saya. Saya juga mengaku
perbuatan dosa saya. Memang tidak ada sesiapa lagi yang boleh
mengampunkan dosa selain daripada-Mu.
Keistimewaan doa
Orang yang membaca doa ini pada waktu siang dengan penuh yakin
kemudian meninggal dunia pada hari itu sebelum waktu petang, sudah pasti
dia menjadi ahli syurga. Dan orang yang membaca doa ini pada waktu
malam dengan penuh yakin, kemudian meninggal pada malam itu sebelum tiba
waktu pagi, sudah pasti dia menjadi ahli syurga.” (Riwayat Bukhari)
Abdullah bin Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang
membiasakan diri beristighfar meminta ampun, Allah akan melepaskan dia
daripada semua kesempitan dan melapangkan daripada semua kesusahan.
Serta memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kepadanya.” (Riwayat Abu
Daud)- bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan