KARIPAP PUSING

Jumaat, 30 Ogos 2013

KETAHUI HIKMAH MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN

1. KENAPA KITA GUNAKAN TANGAN?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 jenis enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih sedikit dari yg kiri.
Tangan kita menghasilkan Enzim yang membantu proses penghadaman
Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

MENGAPA MENGHISAP GARAM?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

KENAPA GARAM?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

GARAM JUGA DAPAT MENGHALANG SIHIR DAN MAKHLUK-MAKHLUK HALUS YANG INGIN MENGGANGU MANUSIA.

2. CARA RASULULLAH MENGUNYAH.

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. MEMBACA BASMALAH - (BISMILLAHIRRAHMA NIRRAHIM).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. CARA RASULULLAH MINUM.
  • Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
  • Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.

Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, Lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, Kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, Kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, Yang apabila bercampur dgn air H20, Akan menjadi H2CO3, Iaitu sama dengan cuka, Menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
  • Jangan meniup air yang panas, Sebabnya sama diatas. Cara minum yang betul, Minum dengan 3 tegukkan, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. sumber

Jumaat, 23 Ogos 2013

Muliakan tetamu, erat silaturahim

Pelbagai amalan sunnah boleh dilaksana sepanjang Syawal

Syawal yang mulia ini dengan budaya masyarakat kita yang masih berhari raya, banyak sunnah nabi boleh disuburkan, termasuklah amalan memuliakan tetamu. Sepanjang Syawal, ramai yang mengambil kesempatan berkunjung ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan. 

Malah, budaya ini dimeriahkan lagi dengan jemputan ke rumah terbuka, pejabat terbuka dan tidak kurang juga restoran terbuka bertujuan menghargai pelanggan. Amalan yang dapat menghimpunkan ramai tetamu ini dapat mengeratkan hubungan, melatih serta menyuburkan kehidupan beradab. 

Masyarakat beradab adalah masyarakat yang berdaya maju dan berakhlak. Masyarakat maju tetapi tidak berakhlak, tidak menjadi masyarakat beradab dan bertamadun dalam Islam. 


Tambahan dalam suasana kehidupan dunia hari ini yang semakin muflis nilai, berlaku pelbagai ‘jenayah kemanusiaan’. 

Justeru, nilai hormat menghormati, memuliakan orang lain, berbaik sangka, bersopan santun, berhemah, berbudi bahasa, beramanah, jujur dan sabar wajib dibangunkan bagi mengelakkan ia semakin terhakis sama ada dalam keluarga, masyarakat mahupun organisasi. 

Muliakan tetamu 

Memuliakan tetamu membawa pelbagai maksud tingkah laku yang menyebabkan tetamu berasa selesa, gembira dan dihargai. Ini termasuklah bermanis muka, berbudi bahasa, memberi layanan baik dan mesra bertujuan untuk saling mengenali. 
Mengeratkan silaturahim, menziarahi, menjamu, melembutkan hati dengan mengikis sifat sombong, kikir serta bersedekah dan memberi hadiah. Semua amalan ini mengukuhkan nilai akhlak sekali gus menyempurnakan iman. 

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamu.” (Riwayat al-Bukhari)

Memuliakan tetamu telah menjadi darah daging bagi masyarakat Islam di zaman Rasulullah SAW. Layanan dan kasih sayang golongan Ansar kepada Muhajirin membuktikan amalan bagi sifat terpuji ini. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.” (Surah al-Hasyr, ayat 9) 

Profesor Dr Hamka dalam tafsir al-Azhar menyenaraikan lima nilai akhlak dalam memuliakan tetamu berdasarkan amalan sahabat yang dipelopori oleh Rasulullah SAW iaitu mereka menunggu kehadiran kaum Muhajirin di Madinah, menzahirkan kasih sayang kepada mereka. 

Lenyap perasaan dengki 

Ketiga, mereka telah mengutamakan kaum Muhajirin daripada diri mereka sendiri walaupun mereka sendiri memerlukan apa yang dihulur, mereka melenyapkan perasaan dengki dan tanpa keberatan membenarkan kaum Muhajirin diberi lebih harta rampasan Bani Nadhir daripada mereka. 

Kelima, mereka sanggup mengalahkan sifat kikir sehingga mencapai kemenangan akhlak. Akhlak terpuji ini telah menjadi perhatian serta ikutan kepada golongan selepas sahabat dengan doa mereka di akhir ayat 10, surah al-Hasyr. 

Firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu.” 

Nilai ini menjadi imej golongan yang menolong (Ansar) serta hamba Allah yang dikasihi (ibad al-Rahman). Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati; dan apabila orang jahil menyapa mereka, maka mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan.” 

Menurut Ahmad Mustafa al-Maraghi dalam tafsirnya, perkataan al-Haun dalam ayat ini bermaksud halus, lembut. Maksudnya, mereka berjalan dengan tenang dan sopan, bukan dengan kesombongan. 

Justeru, dua imej iaitu imej golongan Ansar dan Ibad al-Rahman jika dipadukan dalam memuliakan tetamu serta memberikan perkhidmatan sudah tentu akan memberikan kepuasan kepada pelanggan, meningkatkan kualiti hubungan, kemahiran komunikasi, mengawal sifat sombong dan ego. 

Kesombongan boleh menyebabkan pekerja cenderung untuk tidak mempedulikan dan menghargai orang lain, sebaliknya lebih mengutamakan diri sendiri. Mereka yang memiliki sifat ini akan terdorong untuk tidak mengendahkan pertanyaan, aduan dan keperluan pelanggan. 

Malah, tidak kurang juga yang akan lebih mudah beremosi apabila berhadapan kerenah pelanggan daripada bersabar. Dalam ilmu perkhidmatan pelanggan, menunggu pelanggan, memberi layanan dengan mesra, mengutamakan mereka adalah tanda aras kualiti terhimpun dalam slogan ‘mesra pelanggan’. 

Besarnya manfaat memuliakan tetamu yang juga menjadi latihan tidak formal bagi pekerja dapat difahami daripada kitab sahih Muslim, bab keutamaan bersifat lembut. 

Daripada Saidatina Aishah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya lemah lembut dalam segala sesuatu akan dikira sebagai amal baik oleh Allah dan orang yang tidak berlemah lembut akan dicerca.” (Riwayat Imam Muslim) 

Penulis Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya - sumber

Selasa, 20 Ogos 2013

Keajaiban susu ibu

Tinggi khasiat untuk bayi, jadikan EBM satu budaya dalam masyarakat

Penyusuan bayi begitu sempurna apabila bayi mendakap erat ibu dan bibirnya rapat dengan puting payudara ibu sehinggalah aktiviti menyusu berjalan dengan penuh kemesraan. 
Hubungan erat ini hanya dapat dinikmati suri rumah namun tidak bagi ibu bekerjaya yang terpaksa meninggalkan susu perahan (EBM) kepada pengasuh demi mengekalkan penyusuan badan. 

Wanita sudah terdedfah kepada penyusuan ibu sejak kecil, justeru, apabila menjadi ibu, ia tidak janggal." Dr Faridah Idris, Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM

Justeru itu, sempena minggu penyusuan susu ibu sedunia pada 1 hingga 7 Ogos lalu yang memetik tema Sokongan Penyusuan Susu Ibu: Dampingi Ibu, begitu baik diterapkan dalam kalangan insan yang berada dekat dengan si ibu sebagai tanda sokongan.

Memahami penyusuan ibu secara semula jadi, ia adalah kaedah terbaik memastikan bayi anda memperoleh zat yang diperlukan. Susu ibu amat tinggi khasiatnya dengan kandungan protein mudah hadam dan komponen pertahanan badan semula jadi yang melindungi bayi daripada ancaman penyakit. 

Kolostrum, susu yang dihasilkan sewaktu kelahiran atau susu awal bayi bukan saja padat dengan zat, malah kaya dengan antibodi yang berupaya melindungi bayi daripada ancaman bakteria dan virus pembawa penyakit.

Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu berupaya mengekalkan tahap kesihatan kanak- kanak sehingga dewasa. Individu yang membesar dengan penyusuan susu ibu didapati mempunyai tekanan darah yang terkawal dan rendah paras kolesterol. Mereka juga didapati kurang mengalami masalah berat badan berlebihan serta Diabetes Mellitus jenis 2. 
Beberapa data mengesyorkan individu yang diberi susu ibu menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kecerdasan minda. Penyusuan susu ibu adalah benar-benar menjimatkan kos bahkan adalah zat pemakanan yang unggul untuk anak.

Oleh itu, penyusuan susu ibu seharusnya diterapkan sebagai langkah pertama ke arah usaha mengurangkan permasalahan kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak
serata dunia.

Kurang sokongan 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kadar kematian kanak-kanak bawah lima tahun dapat dikurangkan antara 13 hingga 20 peratus sekiranya penyusuan susu ibu diamalkan secara eksklusif iaitu tiada makanan atau minuman tambahan, puting dan sebagainya) untuk tempoh enam bulan pertama dan diteruskan sehingga ke usia dua tahun atau lebih. Amalan penyusuan susu ibu eksklusif sebegini kemudian diikuti dengan pengenalan makanan tambahan bermula dari usia enam bulan.

Di Malaysia, kesedaran memberikan susu ibu semakin meningkat. Wanita menerima konsep penyusuan susu ibu selepas menyedari mengenai pelbagai manfaat.

Cuma, sokongan daripada pelbagai pihak dan agensi masih kurang manakala sebilangan ibu menyusukan secara eksklusif pada tiga bulan pertama gagal meneruskan amalan terbabit apabila mereka kembali bekerja. 

Sistem sokongan terhadap amalan penyusuan susu ibu secara berterusan boleh didapati dalam pelbagai kaedah. Sama ada secara tradisional iaitu melalui ahli keluarga atau kaedah lebih moden iaitu melalui kakitangan kesihatan terlatih, pakar perunding laktasi, ketua komuniti dan rakan. 

Kunci kepada kejayaan amalan penyusuan susu ibu adalah memastikan wujudnya sistem sokongan secara berterusan khususnya dalam lingkungan kediaman dan komuniti mereka.

Dalam usaha untuk mempromosikan penyusuan susu ibu secara menyeluruh, Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia sebagai wadah kumpulan atau pertubuhan di serata dunia untuk meningkatkan kesedaran umum dan mendapatkan sokongan aktiviti terbabit. 

Sokongan lain seperti perkhidmatan penjagaan bayi yang mesra penyusuan susu ibu, majikan yang menyediakan kemudahan untuk ibu menyusu dan kumpulan sokongan dalam masyarakat juga kritikal untuk memastikan ibu dapat mencapai impian penyusuan masing-masing. 

Di peringkat keluarga, semua ahli keluarga terdekat termasuk suami, ibu dan ibu mentua adalah sistem sokongan yang diperlukan untuk ibu menyusu.

Sokongan pelbagai pihak bantu tingkatkan kesedaran 

Kerjasama pelbagai pihak bermula daripada penggubal polisi negara, institusi kesihatan, staf dan pengamal kesihatan, majikan, masyarakat dan keluarga sepatutnya digerakkan untuk memastikan penyusuan susu eksklusif ibu diamalkan secara meluas. 

Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Dr Faridah Idris, berkata polisi penyusuan yang digariskan oleh Badan Kesihatan Sedunia dan Kementerian Kesihatan menggalakkan semua ibu menyusui bayinya dengan susu ibu saja dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.

Katanya, dengan adanya polisi di peringkat tertinggi negara bagi mempromosi, menyokong dan melindungi penyusuan susu ibu, usaha serta strategi dapat direalisasikan.

“Pada abad ini hampir semua wanita bersalin di hospital. Peranan hospital membantu memberi ibu pengalaman yang positif. Hospital Rakan Bayi boleh meningkatkan kadar memulakan penyusuan ibu di hospital. 

“Pihak hospital wajar meneruskan kesinambungan memberi sokongan kepada ibu selepas keluar dari hospital termasuk menggalakkan persediaan terancang menyimpan stok susu perahan sebelum kembali bertugas.

“Perahan susu disimpan rapi, dilabel tarikh dan waktu perahan dan ditempatkan secara teratur dalam peti dingin beku. Andai kata ini dilakukan secara teratur dan konsisten, EBM akan dapat dikumpulkan secukupnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia, digalakkan menyimpan EBM dua minggu sebelum mula bertugas. Menyusu badan boleh dilakukan seperti biasa untuk memastikan aliran susu berjalan lancar dan konsisten.

Jika ada masalah, ibu boleh merujuk kepada garis panduan disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia atau Academy of Breastfeeding Medicine. 

Kualiti susu 

Sekiranya penyimpanan EBM berkompromi, anda akan dapat mengesan perubahan pada EBM terbabit iaitu perubahan ketara dari segi warna, bau juga rasa. Namun demikian, adalah diketahui bahawa EBM yang disimpan berkemungkinan mengalami sedikit perubahan bau serta rasanya akibat daripada tindakan enzim lipase, iaitu enzim yang mengurai komponen asid lemak bagi membantu proses penghadaman susu ibu. 

“Tindakan enzim ini amat bermanfaat untuk bayi pramatang. Oleh itu, 
jika berubah rasa dan bau akibat tindakan enzim lipase, EBM anda masih selamat dan tidak memudaratkan si manja. Meskipun demikian, terdapat juga bayi yang tidak mahu minum EBM terbabit. Fungsi enzim lipase yang penting ini akan ternyah andai kata EBM dipanaskan ke suhu melebihi 40 °C, maka amalan sebegini tidak digalakkan. 

“Berbekalkan maklumat ini, bagi ibu yang menyimpan stok EBM perlu meneliti keadaan EBM mereka. Andainya perubahan ketara berlaku dari segi warna, bau atau rasa, mungkin penyimpanan EBM berkompromi dan tidak wajar diberi kepada bayi. Jangan gusar, ibu boleh juga merujuk bantuan pakar dan kaunselor laktasi mengenai kualiti susu yang diperah,” katanya.

“Saya berharap penyusuan ibu menjadi normal dalam masyarakat. Wanita sudah terdedah kepada penyusuan ibu sejak kecil, justeru apabila mereka menjadi ibu, ia bukan sesuatu yang janggal.

Rakan pembimbing 

Rakan pembimbing ini biasanya adalah wanita dalam komuniti yang sudah diberi latihan untuk menyokong penyusuan ibu. Mereka bergerak dalam komuniti masing-masing dan membantu ibu menyusu sama ada secara bersemuka di rumah ibu atau hospital, memberi sokongan di alam maya, melalui panggilan telefon atau mengadakan perjumpaan kumpulan sokongan.

Kajian mendapati sokongan akan pembimbing mampu meningkatkan tempoh penyusuan ibu di sesuatu komuniti.

INFO: Faedah Susu Ibu

1) Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.

2) Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka. 

3) Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lain- lain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.

4) Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.

5) Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa. sumber

Jumaat, 2 Ogos 2013

SUBHANALLAH! - GURUN PASIR INI BOLEH BERGERAK MENELAN HUTAN (9 GAMBAR)

Inilah Kehebatan kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang pasir bergerak dari pantai ke daratan setiap tahun.Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk ‘menelan’ rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.

The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.

Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.







Buat pengatahun korang kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter). Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.- sumber




Kesan Sukan Skuba Yang Berterusan

Pasangan ini pergi skuba diving di Belize. Apabila kembali dari skuba diving, sigadis ini mendapat sesuatu yang agak mengerikan pada matanya. - sumber






Sabtu, 20 Julai 2013

Resepi Bubur Lambuk Istimewa

Bubur lambuk adalah makanan popular yang tidak asing lagi apabila tiba bulan ramadan. jom dapatkan resepi bubur lambuk yang istimewa ni..
Bahan-bahan:

2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuatnya:

1.Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2.Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3.Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4.Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5.Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6.Angkat dan hidangkan. - sumber


Khamis, 18 Julai 2013

Hikmah Daripada Perubahan Langit Setiap Waktu Solat

Setiap kali perubahan alam di dunia ini merupakan sebagai penanda setiap kali solat lima waktu.  Perubahan waktu ini juga mempunyai perkaitan rapat dengan unsur-unsur kejadian manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.  Setiap satunya akan memberi tindakbalas secara semulajadi tanpa kita sedari.
Itulah bukti kekuasaan Allah SWT bagi sesiapa yang memikirkannya.  Jika kita menjaga setiap solat kita, banyak fadhilat akan kita dapati daripadanya berdasarkan setiap perubahan alam seperti yang berikut ini.
1. Waktu solat Subuh
Waktu subuh hening
Jika kita sering memperhatikan waktu selepas subuh, apalagi menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.
Dalam Islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah:
“Ya Allah berikanlah keberkatan kepada umatku di pagi harinya,”
(Hadis Riwayat  Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempengaruhi kelenjar tiroid. Bila kelenjar tiroid lemah, kita akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.
Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.  Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.  Jadi, bagi  mereka yang terlewat solat subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
2.  Solat Zohor
Waktu Zohor
Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka.
Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk menggurangi beban kerja organ pencernaan.  Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
3.  Solat Asar
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.
4.  Waktu Maghrib

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini dengan menunaikan solat Maghrib dulu.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.   Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan.  Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini.
5.  Waktu Isyak

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan.  Ketika ini alam berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan rehat sepenuhnya.
Semoga kita semua mendapat segala manfaat daripada kejadian-kejadian alam yang hebat ciptaan Allah SWT ini.  Benarlah setiap satu yang Allah jadikan adalah tidak dengan sia-sia.  Segalanya terdapat hikmah di dalamnya.  Renung-renungkan lah…- sumber