KITA melangkah ke satu alam yang baru iaitu Alam Barzakh atau “Alam Kubur” selepas nyawa atau roh dicabut oleh Malaikat Izrail yang bertugas mencabut nyawa semua makhluk Allah yang bernyawa.
Sebaik selesai dikebumikan, maka akan hadirlah dua Malaikat lain yang juga makhluk Allah seperti kita, iaitu Mungkar dan Nakir, bermulalah pula soalan yang bakal ditanyakan kepada kita.
“Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah kiblat kamu? dan Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu,” bunyi bait-bait kata dalam bacaan talkin.
Pada ketika itu, kita sebenarnya sedang berada dalam satu perjalanan lagi iaitu menuju alam Akhirat yang kekal selamanya.
Saat itu, kita sebagai umat Islam hendak menjawab soalan yang diberikan oleh Mungkar dan Nakir dengan cermat dan jelas dan jangan langsung berasa gementar.
Dalam bacaan Talkin, juga dikatakan bahawa kematian itu adalah satu dugaan dari Allah yang paling besar.
“Insaflah, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangkit dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di padang Mahsyar adalah benar dan syurga dan neraka adalah benar,” kata bait Talkin.
Pada saat itu ahli keluarga dan sahabat handai mengucapkan selamat berpisah dari alam dunia dan tinggallah kita disisi Allah di kubur yang sempit dan gelap sehingga Hari Kiamat.
Seorang Islam pada masa itu mengharapkan Allah akan memberi keberkatan kepada rohnya serta memberikan keampunan serta memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kita.
Antara doa yang dibacakan ketika Talkin berbunyi…
“Ya Allah, kami merayu dan bermohon kepadaMu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W.
“Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati,” menurut petikan Talkin.
Apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia, seorang manusia akan diiringi ke perkuburan atau liang lahadnya ada tiga perkara, dua akan pulang ke rumah dan hanya satu sahaja yang akan mengiringinya bersama-sama ke Alam Barzakh.
Dalam Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Yang mengikut jenazah itu sewaktu ke alam kubur ada tiga perkara, tetapi dua daripadanya akan balik dan tetaplah satu perkara yang kekal bersama si mati, kedua-dua perkara itu ialah keluarga dan hartanya, yang akan tinggal bersama-samanya ialah amalnya,”
Maka kita akan tinggal berseorangan dan yang akan menemani kita adalah amalan kita ketika di dunia.
Jika banyak amal soleh kita, maka kita akan berasa gembira dan berbahagia, tetapi jika dia membawa amalan dosa dan maksiat dan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT, maka kita akan berdukacita, sedih dan berasa amat takut ketika berhadapan dengan Mungkar dan Nakir. – MYNEWSHUB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan