Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita memperhebatkan amalan kita. Kali ini, paparan untuk bacaan semua adalah berkenaan dengan tujuh kalimah yang amat disukai oleh Allah SWT. Apakah tujuah kalimah itu..?
1. Kalimah “Bismillah”
Kalimah ini hendaklah kita jadikan amalan di mana setiap pekerjaan atau untuk melakukan sesuatu sebaik-baiknya dimulakan
dengan bacaan Bismillah.
dengan bacaan Bismillah.
2. Kalimat “Alhamdulillah”
Seterusnya, kalimah Alhamdulillah ini yang diucapkan pada setiap kali selesai melakukan sesuatu sebgai tanda syukur kerana
terlaksananya sesuatu hajat.
terlaksananya sesuatu hajat.
3. Kalimah “Astaghfirullah”
Kalimah ini hendaklah kita ucapkan tatkala lidah kita tergelincir bicara contohnya. Kadang-kala bicara kita terlanjur hingga
menyebut akan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya mahupun tindakan yang salah tanpa kita sedari. Ucapkanlah dengan
lafaz Astaghfirullahhala’zim.
menyebut akan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya mahupun tindakan yang salah tanpa kita sedari. Ucapkanlah dengan
lafaz Astaghfirullahhala’zim.
Lazimnya, kita menyebutkan kalimah ini jika merencanakan untuk berbuat sesuatu di mana maksudnya ialah jika dengan keizinan
Allah maka sesuatu yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan.
Allah maka sesuatu yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan.
5. Kalimah ”La haula wala kuwwata illa billah”
Kalimah ini pula diucapkan jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai atau pun yang tidak diingini. Ringkasnya, apabila
berlakunya sesuatu perkara yang di luar jangkaan kita maka lafazkan lah kalimah ini.
berlakunya sesuatu perkara yang di luar jangkaan kita maka lafazkan lah kalimah ini.
6. Kalimah “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”
Tatkala kita menerima sebarang berita yang kurang baik atau pun menghadapi sebarang musibah, lafazkan lah kalimah ini.
7. Kalimah “La ilaha illa Allah”
Kalimah ini hendaklah kita ucapkan sepanjang siang dan malam dan sebaik-baiknya tidak terpisah dari lidah dan hati kecil kita.
Tetapkanlah dalam hati kalimah suci ini yakni yang bermaksud “Tiada Tuhan yang disembah melainkan melainkan Allah”.
Tetapkanlah dalam hati kalimah suci ini yakni yang bermaksud “Tiada Tuhan yang disembah melainkan melainkan Allah”.
Marilah kita sama-sama jadikan kekerapan lidah kita menyebut tujuh kalimah sebagai amalan kita seharian.- sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan