KARIPAP PUSING

Sabtu, 20 Julai 2013

Resepi Bubur Lambuk Istimewa

Bubur lambuk adalah makanan popular yang tidak asing lagi apabila tiba bulan ramadan. jom dapatkan resepi bubur lambuk yang istimewa ni..
Bahan-bahan:

2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuatnya:

1.Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2.Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3.Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4.Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5.Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6.Angkat dan hidangkan. - sumber


Khamis, 18 Julai 2013

Hikmah Daripada Perubahan Langit Setiap Waktu Solat

Setiap kali perubahan alam di dunia ini merupakan sebagai penanda setiap kali solat lima waktu.  Perubahan waktu ini juga mempunyai perkaitan rapat dengan unsur-unsur kejadian manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.  Setiap satunya akan memberi tindakbalas secara semulajadi tanpa kita sedari.
Itulah bukti kekuasaan Allah SWT bagi sesiapa yang memikirkannya.  Jika kita menjaga setiap solat kita, banyak fadhilat akan kita dapati daripadanya berdasarkan setiap perubahan alam seperti yang berikut ini.
1. Waktu solat Subuh
Waktu subuh hening
Jika kita sering memperhatikan waktu selepas subuh, apalagi menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.
Dalam Islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah:
“Ya Allah berikanlah keberkatan kepada umatku di pagi harinya,”
(Hadis Riwayat  Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempengaruhi kelenjar tiroid. Bila kelenjar tiroid lemah, kita akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.
Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.  Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.  Jadi, bagi  mereka yang terlewat solat subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
2.  Solat Zohor
Waktu Zohor
Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka.
Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk menggurangi beban kerja organ pencernaan.  Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
3.  Solat Asar
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.
4.  Waktu Maghrib

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini dengan menunaikan solat Maghrib dulu.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.   Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan.  Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini.
5.  Waktu Isyak

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan.  Ketika ini alam berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan rehat sepenuhnya.
Semoga kita semua mendapat segala manfaat daripada kejadian-kejadian alam yang hebat ciptaan Allah SWT ini.  Benarlah setiap satu yang Allah jadikan adalah tidak dengan sia-sia.  Segalanya terdapat hikmah di dalamnya.  Renung-renungkan lah…- sumber

Siapakah Yang Celik di Dunia Tetapi Buta Di Akhirat

Umumnya, ramai manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik matanya, boleh melihat dengan sempurna ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum, berjalan, bekerja dan melakukan pelbagai perkara dengan kehendak hati kerana matanya yang celik.
Tetapi, di  hari akhirat nanti ada di antara orang-orang yang celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan buta. Siapakah golongan itu dan mengapakah mereka ini dibangkitkan dalam keadaan sedemikian?
Baik atau buruk…kita harus bijak memilihnya
Orang-orang yang dibutakan di akhirat kelak ialah mereka yang  berpaling daripada ajaran Allah yang sebenar, tidak melakukan perintah Allah, sebaliknya melakukan maksiat dan membuat dosa-dosa besar serta menzalimi orang lain.
Seterusnya, matanya tidak digunakan untuk melihat kebenaran, sebaliknya digunakan untuk melihat kebatilan. Orang-orang seperti ini hidup di dunia akan disempitkan, tidak tenang, menderita dan ditimpa musibah. Manakala di akhirat pula, mereka menjadi buta sebagai balasan keingkaran ketika berada di dunia. 
Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: ‘Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, pada hal aku dulu celik’?”(Surah Taha (20) ayat 124-125)
Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi Allah SWT di akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar-benar taat dan akrabnya di dunia dengan Allah SWT, maka di akhirat pastinya Allah SWT akan mendampingi kita.
Siapa yang mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti. Sesiapa yang ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya kehidupan mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan dalam keadaan buta.
Demikianlah balasan terhadap orang-orang yang diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka pada hari kiamat nanti sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa berada di dunia.
Allah berfirman:
“Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. (Surah Taha (20) ayat 126)
Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata:
“Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya. Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu bersegera melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah, juga berusaha menghiasi diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.”
Menginsafi kesilapan diri sangat dituntut dalam Islam
Justeru, seandainya  mata jika dihalakan kepada kemaksiatan boleh menyebabkan seseorang itu menerima azab di akhirat. Begitu juga mulut, kaki, tangan dan anggota lain perlu dihalakan kepada ketaatan kepada Allah SWT barulah beroleh selamat dan kasih sayang daripada  Allah SWT.
Oleh itu,  marilah sama-sama kita menghitung diri sendiri, apakah amalan kita sudah cukup untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak?
Apakah  segala amalan yang kita lakukan di dunia ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan akan diperhitungkan segala apa yang buruk dan yang baik.  Mari lah kita sama-sama berbuat kebaikan dan ingatlah bahawa janji Allah SWT itu benar… renung-renungkan. -sumber

Tujuh Kalimah Yang Disukai Oleh Allah SWT

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita memperhebatkan amalan kita.  Kali ini, paparan untuk bacaan semua adalah berkenaan dengan tujuh kalimah yang amat disukai oleh Allah SWT.  Apakah tujuah kalimah itu..?
1.  Kalimah “Bismillah”

Kalimah ini hendaklah kita jadikan amalan di mana setiap pekerjaan atau untuk melakukan sesuatu sebaik-baiknya dimulakan
dengan bacaan Bismillah.
2.  Kalimat “Alhamdulillah”

 Seterusnya, kalimah Alhamdulillah ini yang diucapkan pada setiap kali selesai melakukan sesuatu sebgai tanda syukur kerana
terlaksananya sesuatu hajat.
3.  Kalimah “Astaghfirullah”
      Kalimah ini hendaklah kita ucapkan tatkala lidah kita tergelincir bicara contohnya.  Kadang-kala bicara kita terlanjur hingga
menyebut akan perkataan-perkataan  yang tidak sepatutnya mahupun tindakan yang salah tanpa kita sedari.  Ucapkanlah dengan
lafaz Astaghfirullahhala’zim.

4.  Kalimah “In sha Allah”
      Lazimnya, kita menyebutkan kalimah ini jika merencanakan untuk berbuat sesuatu di mana maksudnya ialah jika dengan keizinan
Allah maka sesuatu yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan.
5.  Kalimah ”La haula wala kuwwata illa billah”
       Kalimah ini pula diucapkan jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai atau pun yang tidak diingini.  Ringkasnya, apabila
berlakunya sesuatu perkara yang di luar jangkaan kita maka lafazkan lah kalimah ini.
6.  Kalimah “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”
 Tatkala kita menerima sebarang berita yang kurang baik atau pun menghadapi sebarang  musibah, lafazkan lah kalimah ini.
7.  Kalimah  “La ilaha illa Allah”
 Kalimah ini hendaklah kita ucapkan sepanjang siang dan malam dan sebaik-baiknya  tidak terpisah dari lidah dan hati kecil kita.
Tetapkanlah dalam hati kalimah suci ini yakni yang bermaksud “Tiada Tuhan yang disembah melainkan melainkan Allah”.
Marilah kita sama-sama jadikan kekerapan lidah kita menyebut tujuh kalimah sebagai amalan kita seharian.- sumber

Jumaat, 12 Julai 2013

Istiqamah amal kebaikan inti pati ajaran Islam

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami adalah Allah, dan kemudian mereka tetap di atas jalan yang betul, turunlah kepada mereka malaikat dengan berkata: Jangan kamu bimbang dan janganlah kamu berduka cita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. Sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Fussilat, ayat 30-32)

Daripada Abu Amru atau Abu Amrah, nama sebenarnya Sufyan bin Abdullah: “Saya berkata: Wahai utusan Allah, ajarkan saya satu ucapan berkenaan Islam yang tidak perlu saya bertanya kepada orang lain lagi. Nabi Muhammad menjawab: Saudara ucapkan, saya percaya kepada Allah. Kemudian saudara berikan komitmen saudara pada ucapan itu.” (Riwayat Muslim) 
Amalan dilakukan berterusan 

Nabi Muhammad bersabda: “Dekatkan diri saudara kepada Allah dengan melakukan amalan secara sederhana, kemudian saudara berikan komitmen saudara pada amalan itu dengan melakukannya secara berterusan.

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad bersabda: “Dekatkan diri saudara kepada Allah dengan melakukan amalan secara sederhana, kemudian saudara berikan komitmen saudara pada amalan itu dengan melakukannya secara berterusan. 

Ketahuilah tidak ada seorang pun yang dapat diselamatkan oleh amalannya itu. Sahabat bertanya: Bagaimana pula dengan tuan wahai utusan Allah? Saya pun begitu juga melainkan sekiranya Allah melindungi saya dengan rahmat-Nya dan kebaikan-Nya, jawab Nabi Muhammad.” (Riwayat Muslim)

Ulama berpendapat makna komited atau istiqamah ialah sentiasa melazimkan diri mentaati Allah. Istiqamah adalah inti pati ajaran Islam.

Firman Allah SWT bermaksud: “Oleh itu, hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul seperti yang diperintahkan kepadamu.” (Surah Hud, ayat 112) - sumber

sistemwebsegera.com

Ahad, 23 Jun 2013

Kisah Kucing Rasullulah SAW

Anda kasih tak akan kucing? Kucing sebenarnya dijadikan Allah SWT untuk bermanja-manja dengan manusia.  Kucing merupakan binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW.  Tahukah anda apakah nama kucing Rasullullah?


Kucing merupakan haiwan yang manja dan comel

Telah diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. 
Suatu ketika, dikala Nabi Muhammad SAW hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi Muhammad SAW pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, Rasululllah SAW  menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing  baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya,  Nabi selalu menggendong  Mueeza dan diriba di atas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang  disukai Nabi ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, Baginda selalu berpesan supaya menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Gambar sebagai hiasan sahaja

Siksaan Neraka Bagi Orang Yang Menyiksa Kucing
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya Rasulullah, isteri Baginda juga yakni Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkannya.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan di rumahnya.
Sekalipun kita tidak gemarkan kucing, apa salahnya andai kita memberi makan kucing-kucing terbiar dengan niat untuk mendapat pahala.  Jom sayangi kucing!
sistemwebsegera.com

Khamis, 20 Jun 2013

Kuasa senyuman

SEKUNTUM senyuman yang kamu lemparkan mampu untuk menceriakan kehidupan insan lain. Betul, hanya dengan berbekalkan sekuntum senyuman sahaja.
Kamu juga akan mendapat manfaat yang pelbagai untuk kesihatan hasil daripada senyuman kamu itu. Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh kamu.
Jadi, jika kamu ingin sentiasa tampil sihat dan bertenaga, berikan senyuman kamu yang paling manis buat mereka yang berada di sekeliling kamu dan teruskan membaca! - LAILISUHANA
10 sebab mengapa kamu perlu senyum
Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.
Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merengangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata.
Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.
Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.
Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.
Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira.
Tahukah kamu, apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.
Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan
otot pada saluran pencernaan) usus masih perlahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.
Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik. sumber