KARIPAP PUSING

Selasa, 25 November 2014

MashaAllah. Merdu sungguh suaranya.


Selasa, 7 Oktober 2014

Pelik!! Ikan ini mempunyai tabiat suka menggigit buah zakar

Pacu adalah nama sejenis ikan air tawar yang makan segala makanan yang ditemui di Amerika Selatan.Ikan ini ada persamaan dengan ikan piranha.Mempunyai satu set gigi yang sama,tetapi berbeza kerana Piranha mempunyai gigi runcing yang tajam manakala Pacu pula mempunyai gigi seperti gigi manusia.

Pacu fish
Ikan ini mempunyai keberatan sehingga  55 pound (25kg) dan panjang 3 kaki(0.9m).Dengan gigi inilah ia akan menyerang manusia  dibawah air dan mengigit alat kelamin manusia.Jika tidak bernasib baik boleh hilang kedua duanya.Begitulah yang terjadi pada dua lelaki tempatan yang meninggal dunia selepas di kembiri oleh ikan ini semasa berenang disungai.Mereka mati kerana kehilangan banyak darah - sibersensasi

Isnin, 25 Ogos 2014

Macam comel jer




Dipos oleh Vyrec.

Khamis, 17 Julai 2014

VIDEO: Bacaan Al-Fatihah Paling Tepat Makhraj Di Dunia

Daripada Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin Umar berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Yang menjadi imam bagi sesuatu kaum itu didahulukan mereka yang banyak mengingati al-Quran dan paling baik bacaannya.
Imam sebenarnya perlu mempunyai ciri-ciri berikut antaranya berilmu, memiliki bacaan yang baik selain prihatin terhadap keadaan makmum di belakangnya.
Dalam menentukan baik bacaan seorang imam, surah al-Fatihah sendiri sangat penting dan perlu dipandang serius seorang yang dipertanggungjawabkan memimpin solat.
Jika meninggalkan atau tersilap melakukan salah satu daripadanya, maka terbatal solat.
Sebab itu, salah satu rukun solat yang perlu diberi perhatian adalah bacaan al-Fatihah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: dari Ubadah bin as-Somit menyatakan hadis ini marfu’ kepada Rasulullah SAW: Tidak ada solat bagi mereka yang tidak membaca surah al-Fatihah. (Hadis sahih Muslim, bab solat, 595).
Justeru imam yang salah bacaan Fatihah, bukan saja solatnya batal, tetapi makmum di belakangnya pun turut terbatal. Antara kesalahan dalam bacaan Al-Fatihah terbahagi kepada dua bahagian.
Pertama, kesalahan besar yang membatalkan solat si pembaca dan yang kedua, kesalahan kecil yang tidak membatalkan solat si pembaca. Bagi mengenal pasti dan mengetahui ia kesalahan besar atau kecil dua unsur ilmu diperlukan iaitu ilmu tajwid dan tatabahasa Arab.
Bagi kesalahan bacaan Al-Fatihah yang membatalkan solat adalah menukar makhraj huruf asal kepada huruf lain, berubah baris yang mengubah sama sekali maknanya dan meninggalkan tasydid (tanda sabdu).
Penting sekali buat imam memelihara bacaan Al-Fatihah supaya tidak berlaku kesalahan yang menyebabkan batalnya solat dan iman seseorang.
Berikut adalah bacaan Al-Fatihah oleh Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih Hafizahullah, yang diiktiraf paling tepat makhrajnya.
Beliau memegang sanad tertinggi Al-Quran yang bersambung kepada Rasulullah SAW, diiktiraf oleh semua Ulama’ dunia.- mynewshub

Ahad, 29 Jun 2014

Tribute Untuk Adik Muhammad Firdaus

Video tribute untuk Adik Muhammad Firdaus Dullah di mana nasibnya telah menyentuh jutaan hati rakyat Malaysia. Tidak sabar menanti adik ini terus membesar seperti remaja normal lain. Ada beberapa artikel berkenaan yang diterbitkan di web Oh! Media sebelum ini;

Selasa, 24 Jun 2014

Di sebalik kehancuran dan kebakaran yang dilakukan oleh pihak polis di Medan Rabaah


Di sebalik kehancuran dan kebakaran yang dilakukan oleh pihak polis di Medan Rabaah, terselit sehelai mushaf Al Quran yang terselamat, yang tertera di atasnya ( kotak merah ) ayat Allah yang berbunyi :
" Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?
" Ingatlah bahwa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah, bahwa sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu. " Vyrec

Khamis, 29 Mei 2014

Sesungguhnya Setiap Yang Hidup Pasti Merasai Mati…

KITA melangkah ke satu alam yang baru iaitu Alam Barzakh atau “Alam Kubur” selepas nyawa atau roh dicabut oleh Malaikat Izrail yang bertugas mencabut nyawa semua makhluk Allah yang bernyawa.
Sebaik selesai dikebumikan, maka akan hadirlah dua Malaikat lain yang juga makhluk Allah seperti kita, iaitu Mungkar dan Nakir, bermulalah pula soalan yang bakal ditanyakan kepada kita.
“Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah kiblat kamu? dan Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu,” bunyi bait-bait kata dalam bacaan talkin.
Pada ketika itu, kita sebenarnya sedang berada dalam satu perjalanan lagi iaitu menuju alam Akhirat yang kekal selamanya.
Saat itu, kita sebagai umat Islam hendak menjawab soalan yang diberikan oleh Mungkar dan Nakir dengan cermat dan jelas dan jangan langsung berasa gementar.
Dalam bacaan Talkin, juga dikatakan bahawa kematian itu adalah satu dugaan dari Allah yang paling besar.
“Insaflah, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangkit dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di padang Mahsyar adalah benar dan syurga dan neraka adalah benar,” kata bait Talkin.
Pada saat itu ahli keluarga dan sahabat handai mengucapkan selamat berpisah dari alam dunia dan tinggallah kita disisi Allah di kubur yang sempit dan gelap sehingga Hari Kiamat.
Seorang Islam pada masa itu mengharapkan Allah akan memberi keberkatan kepada rohnya serta memberikan keampunan serta memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kita.
Antara doa yang dibacakan ketika Talkin berbunyi…
“Ya Allah, kami merayu dan bermohon kepadaMu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W.
“Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati,” menurut petikan Talkin.
Apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia, seorang manusia akan diiringi ke perkuburan atau liang lahadnya ada tiga perkara, dua akan pulang ke rumah dan hanya satu sahaja yang akan mengiringinya bersama-sama ke Alam Barzakh.
Dalam Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Yang mengikut jenazah itu sewaktu ke alam kubur ada tiga perkara, tetapi dua daripadanya akan balik dan tetaplah satu perkara yang kekal bersama si mati, kedua-dua perkara itu ialah keluarga dan hartanya, yang akan tinggal bersama-samanya ialah amalnya,”
Maka kita akan tinggal berseorangan dan yang akan menemani kita adalah amalan kita ketika di dunia.
Jika banyak amal soleh kita, maka kita akan berasa gembira dan berbahagia, tetapi jika dia membawa amalan dosa dan maksiat dan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT, maka kita akan berdukacita, sedih dan berasa amat takut ketika berhadapan dengan Mungkar dan Nakir. – MYNEWSHUB

Malu bukan penghalang wanita berjaya

Golongan beriman tahu menjaga kesucian diri lebih dihormati masyarakat

Setiap wanita harus bijak mengurus kehidupan sesuai dengan sifat malu yang tebal menghiasi peribadi mereka. Walaupun malu menjadi sebahagian daripada sifat 'wajib' wanita, ia tidak bermakna wanita tidak dapat melewati ruang khalayak jika sifat malu diurus dengan bijak.

Walau bagaimanapun, sifat malu yang sebenar bukanlah merujuk kepada rasa segan dan serba salah apabila bertemu orang lain atau apabila perlu tampil melakukan sesuatu di hadapan orang lain. 

Riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Iman itu terdiri dari tujuh puluh satu sampai tujuh puluh sembilan cabang, atau enam puluh satu sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah ucapan ‘Laa Ilaaha Illallah’ dan yang terendah ialah menyingkirkan duri dari jalan. Dan malu juga adalah cabang iman.” (Muttafaq alaih)

Tinggalkan perkara tercela

Malu sebenar adalah akhlak mulia yang mendorong seseorang meninggalkan perkara tercela.

Malu dalam Islam bukan semata-mata sifat wanita juga sepatutnya ada pada setiap lelaki. Sifat malu membawa kebaikan kepada manusia kerana daripadanya datang sifat mahmudah lain seperti taat perintah Allah SWT, sabar, menjauhi maksiat, pemaaf, belas kasihan, ikhlas, jujur dan amanah.

Rasulullah SAW bersabda: “Rasa malu tidak datang melainkan dengan kebaikan.” (Muttafaq alaih) 
Orang yang merasa malu untuk melakukan dosa tidak semestinya orang yang selalu tersipu-sipu atau sentiasa segan silu, kerana rasa malu kepada Allah SWT tidak sama seperti rasa malu sesama manusia.

Hari ini rasa malu kepada manusia mengatasi rasa malu kepada Allah SWT. Manusia akan rosak dan binasa jika tiada rasa malu kerana aib melakukan dosa dan maksiat tidak cukup menjadi penghalang manusia daripada menjauhi larangan Allah SWT. 

Wanita yang sentiasa berada dalam petunjuk agama pasti memiliki sifat menjaga kemuliaan diri. Walaupun sedang menghadapi kesulitan atau diduga dengan musibah, selain berusaha mengatasi masalah itu wanita harus sentiasa bersabar dan berlindung dengan maruah.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menjaga kesucian dirinya, maka Allah SWT akan menjaga kesuciannya. Siapa yang merasa cukup, maka Allah SWT akan memberikan kecukupan. Sesiapa yang berusaha untuk selalu bersabar, maka Allah SWT akan memberinya kesabaran. Dan tidak seorang pun yang diberikan sesuatu hal, yang lebih baik dan lebih luas dari kesabaran.” (Muttafaq alaih) 

Mudah terperangkap bisikan syaitan

Apabila tidak sabar, disebabkan tiada rasa malu, wanita mudah terperangkap dengan bisikan syaitan yang sentiasa menggoda untuk melakukan perkara dilarang agama. Bukan sedikit wanita yang mempunyai masalah keluarga berkongsi masalah dengan orang yang tidak sepatutnya.

Ada pula yang memberi alasan mereka lebih percayakan rakan lelaki berbanding wanita, tanpa memikirkan sesuatu yang lebih buruk mungkin berlaku disebabkan kepercayaan itu. Mengikut panduan agama, orang terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah tangga adalah yang paling dihormati dalam kalangan ahli keluarga.

Walaupun dalam keadaan yang lemah dan tiada daya, setiap wanita harus terus mempertahankan sifat malu serta menolak celaan yang mungkin timbul akibat melakukan perbuatan dilarang agama. Wanita harus ingat, lagi tebal sifat malu, lagi kuat iman mereka kepada Allah SWT. 

Tetapi jika mereka mendakwa mempunyai sifat malu dan pada masa sama sangat mudah terperangkap dan diperangkap oleh syaitan durjana, sifat malu itu tidak lain hanyalah sifat malu kepada manusia semata-mata.

Ia bukan sifat malu yang menjadi sebahagian daripada cabang iman yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Iman itu terdiri dari tujuh puluh satu sampai tujuh puluh sembilan cabang, atau enam puluh satu sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah ucapan ‘Laa Ilaaha Illallah’ dan yang terendah ialah menyingkirkan duri dari jalan. Dan malu juga adalah cabang iman.” (Muttafaq alaih) 

Alangkah hebatnya wanita yang sifat malunya mengatasi kehendak dan keinginan sebagai manusia yang sentiasa lupa dan alpa. Malu menjadikan wanita perkasa di sisi Allah SWT, bahkan malu juga membuatkan wanita kuat menghadapi segala ujian dan dugaan dunia.

Malu yang hakiki tidak akan menjadikan wanita lemah, tetapi wanita sering kali memalukan diri sendiri dengan sikap tidak malu-
bharian

Isnin, 14 April 2014

Musibah didik jiwa sabar, mantap iman

Pepatah Melayu berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul adalah ungkapan bagi menzahirkan perkongsian perasaan masyarakat terutama apabila seseorang ditimpa sesuatu musibah. 

Musibah menimpa yang meruntun emosi seseorang sehingga kadang-kadang sukar diungkapkan melalui kata-kata. Barangkali itulah, ada orang yang tidak mahu berkongsi sesuatu musibah dengan orang lain kerana ia bukan mudah untuk dimengertikan. 


Namun, di sebalik itu, ia memerlukan penawar yang boleh mengubat dan mengurangkan kepedihan membuku di hati. Al-Quran meraikan fitrah manusia yang sensitif terhadap sesuatu terjadi dalam hidupnya termasuk musibah seperti kehilangan orang disayangi atau kerosakan harta benda. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya akan Kami (Allah) berikan cubaan (atau ujian) kepada kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan Inna Lillahi wa ilahi raji`un (iaitu sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah orang yang mendapat keampunan dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 155-157) 

Terima qada dan qadar 

Ayat itu memberi panduan kepada mereka yang ditimpa musibah supaya bersabar dan segera merujuk kembali kepada Allah SWT dengan penuh keredaan menerima segala qada dan qadar. Pada masa sama bermuhasabah diri apakah hidup ini penuh kepatuhan kepada-Nya atau sebaliknya? 

Melalui ayat itu juga, kita dapat mengenal pasti musibah adalah bentuk ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia dan sebagai pendidikan jiwa. Ujian mendidik manusia supaya terus memantapkan keimanan kepada Allah SWT, menguatkan akidah dan menanam sifat sabar dalam diri. 
Natijahnya akan lahir insan yang kuat akidah dan keimanannya kepada Allah SWT, mantap kesabarannya sekalipun dilanda musibah besar. Kehilangan nyawa dan harta benda menyedarkan manusia, apa yang ada padanya bukan miliknya secara mutlak. 

Rasulullah SAW menasihatkan umat Islam supaya bersabar dan segera kembali kepada Allah SWT apabila ditimpa musibah. 

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ummu Salamah, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah seraya berkata, Inna Lillahi wa inna ilahi raji`un. Sambil mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku pahala akibat musibah ini dan gantikanlah kepada aku sesuatu yang lebih baik daripada musibah yang menimpa diriku, kecuali Allah mengurniakan pahala (ganjaran) kepadanya, setelah ditimpa musibah dan Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik daripada musibah yang menimpa. 

Bagaimanapun, apa yang digantikan Allah SWT tidak semestinya diperoleh di dunia dalam bentuk apa yang kita fikirkan. Oleh itu, musibah yang menimpa itu antara rahmat Ilahi yang tidak diketahui oleh manusia. 

Musibah sebagai rahmat 

Hal ini diakui Rasulullah SAW ketika Baginda berdepan kematian anaknya Ibrahim seperti yang diriwayatkan Imam al-Bukhari dan Muslim. Sebagai manusia, Baginda SAW turut mengalirkan air mata apabila berhadapan keadaan sedemikian. Seorang sahabat bertanya: Bukankah tuan melarang kami menangisi kematian? Baginda bersabda: Sesungguhnya musibah itu adalah rahmat. Kemudian Rasulullah berkata lagi: Mata tetap mengalirkan air mata dan hati tetap dirundung kesedihan, dan kami tidak berkata melainkan sesuatu ucapan yang Allah reda, dan sesungguhnya pemergianmu wahai Ibrahim cukup menyedihkan. 

Hadis itu juga mengisyaratkan kesedihan dan tangisan seseorang itu yang diiringi sikap reda dengan qada dan qadar Ilahi, bukanlah menafikan sifat sabar atau mengurangkan keimanan seseorang ketika ditimpa musibah. 

Umar bin al-Khattab menyifatkan musibah sebagai nikmat. Katanya, tidak aku ditimpa musibah, melainkan aku dapati padanya tiga nikmat. Nikmat pertama, musibah yang menimpa itu bukanlah yang berkaitan dengan agama. 

Nikmat kedua, musibah itu bukanlah musibah yang besar seperti yang menimpa umat sebelumnya. Nikmat ketiga, sesungguhnya Allah SWT akan memberi balasan baik daripada musibah itu. 

Kurniaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada orang yang bersabar dan kembali menyerah diri kepada-Nya adalah suatu keampunan, kerahmatan dan hidayah. Di situlah ada hikmah dan nikmat yang perlu disingkap dengan mata hati- bharian

Selasa, 25 Mac 2014

Membela kehormatan Muslim

SUATU hari seorang laki-laki dari Mesir melihat Abdullah bin Umar tengah duduk bersama para sahabatnya. Ibn Umar ialah seorang tokoh sahabat Nabi yang disegani.
Ahli Mesir pada masa itu sangat tidak berpuas hati dengan pentadbiran Usman bin Affan. Mereka berniat untuk menjatuhkan Khalifah ketiga ini. Justeru laki-laki Mesir ini menggunakan kesempatan ini menentusahkan beberapa perkara dengan Ibnu Umar.
Beliau berkata: “Wahai Ibnu Umar, aku hendak bertanya satu soalan. Benarkah Usman melarikan diri pada perang Uhud?" Ibnu Umar menjawab: “Ya."
“Benarkah beliau tidak hadir pada perang Badar?" Ibnu Umar kembali menjawab: “Ya."
“Benarkah beliau juga tidak hadir pada peristiwa Bai’atul-Ridwan?" Sekali lagi Ibnu Umar menjawab: “Ya."
Orang Mesir itu bangkit sambil bertakbir: “Allahu Akbar."
Semua kabar angin tentang keburukan Khalifah Usman telah disahkan. Kebencian ahli Mesir kepada Usman memang berpatutan.
Melihat sikap ini, Ibnu Umar tersedar bahawa soalan-soalan tadi bukan setakat soalan sejarah, akan tetapi bermotif politik. Justeru, Ibnu Umar terpanggil menjelaskan hakikat yang berlaku. Peristiwa-peristiwa tersebut jika diletakkan dalam konteks yang sebenar bukan menunjukkan keburukan Usman, malah memperlihatkan ketinggian darjatnya di sisi Islam.
Ibnu Umar berkata: “Kembalilah ke sini. Aku ingin menjelaskan perkara sebenarnya."
Beliau menjelaskan: “Usman memang melarikan diri pada perang Uhud. Namun aku bersaksi bahawa Allah telah memaafkan dan mengampuni dosanya." Ibnu Umar merujuk firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 155.
“Usman memang tidak menghadiri perang Badar, namun itu kerana beliau menjaga isterinya iaitu puteri Rasulullah yang tengah sakit. Rasulullah menjanjikan pahala dan bahagian seperti orang yang menghadiri perang Badar."
“Usman memang tidak menghadiri Bai’atul-Ridwan. Sebab Rasulullah telah mengutusnya ke Mekah. Andai ada orang lain yang lebih terhormat daripada Usman pada masa itu, nescaya Baginda akan mengutus orang itu. Bai'atul Ridwan berlaku selepas kepergian Usman. Rasulullah menjadikan diri baginda sebagai wakil Usman. Baginda bersabda: “Ini tangan Usman," lalu menepukkan tangan itu ke tangannya."
Dengan penjelasan ini, gambaran tentang Khalifah Usman berbalik 180 darjat. Apabila berita tentang beliau diletakkan dalam konteksnya secara sempurna, Usman ternyata tokoh yang sangat mulia di sisi Rasulullah SAW. Bukan seperti sangkaan buruk laki-laki Mesir itu sebentar tadi.
Ibnu Umar lalu berkata: “Sekarang, pergilah engkau dengan maklumat ini." Kisah ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.
Teladan
Kisah Ibnu Umar dan laki-laki Mesir ini mengajarkan kita sikap berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan suatu berita. Terutama dalam konteks semasa apabila media sosial telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Setiap orang bebas menyampaikan apa sahaja yang dikehendakinya.
Kekeliruan berlaku apabila sebuah berita disampaikan secara tidak sempurna ataupun diasingkan daripada konteksnya. Apatah lagi jika terdapat unsur kesengajaan daripada pihak tertentu untuk merosak imej seseorang ataupun kumpulan.
Pada masa yang sama, sikap Ibnu Umar menjadi teladan bagi setiap anggota masyarakat. Seseorang itu tidak boleh berpeluk tubuh melihat masyarakat dalam kekeliruan. Tuduhan palsu mesti dijelaskan kepalsuannya dan berita mesti dijelaskan kedustaannya. Sebab membela kehormatan Muslim merupakan kewajipan Muslim yang lain.
Rasulullah bersabda: “Siapa yang membela kehormatan saudaranya tanpa pengetahuan orang berkenaan, maka Allah akan menyelamatkan dirinya daripada api neraka pada hari kiamat." (al-Tirmizi)
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan adab mulia yang dicontohkan oleh sahabat Nabi SAW ini.
Wallahu a’lam - utusan

Selasa, 25 Februari 2014

Hikmah beristighfar mohon keampunan

Syaddad bin Aus berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Istighfar iaitu doa meminta ampun yang utama dengan membaca: Wahai Tuhan! Engkaulah Tuhan saya. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau menjadikan saya, dan saya ini adalah hamba-Mu.
Saya mencuba sedaya upaya melaksanakan janji kepada-Mu. Saya berlindung kepada-Mu daripada perbuatan jahat saya sendiri. Saya mengaku Engkau sudah memberi banyak nikmat kepada saya. Saya juga mengaku perbuatan dosa saya. Memang tidak ada sesiapa lagi yang boleh mengampunkan dosa selain daripada-Mu. 

 Keistimewaan doa
Orang yang membaca doa ini pada waktu siang dengan penuh yakin kemudian meninggal dunia pada hari itu sebelum waktu petang, sudah pasti dia menjadi ahli syurga. Dan orang yang membaca doa ini pada waktu malam dengan penuh yakin, kemudian meninggal pada malam itu sebelum tiba waktu pagi, sudah pasti dia menjadi ahli syurga.” (Riwayat Bukhari)

Abdullah bin Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membiasakan diri beristighfar meminta ampun, Allah akan melepaskan dia daripada semua kesempitan dan melapangkan daripada semua kesusahan. Serta memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kepadanya.” (Riwayat Abu Daud)- bharian

Ahad, 16 Februari 2014

Kucing baka baharu seperti serigala jadian

Spesies Lykoi dikatakan sangat setia dengan tuannya.
 SEEKOR kucing baka baharu di Amerika Syarikat (AS) kelihatan seperti serigala jadian dan perilakunya dikatakan menyerupai anjing.

Kucing digelar Lykoi itu dibiakkan pasangan suami isteri, Johnny Gobble dan Brittney di Tennessee adalah satu-satunya pembiak spesies itu di dunia.

Menurut Gobble, mutasi genetik telah menyebabkan Lykoi berbulu pendek dan hanya menutupi beberapa bahagian badannya.

"Ia mempunyai sifat suka memburu dan sentiasa berwaspada dengan orang asing tetapi cepat mesra jika dibelai dengan manja," katanya dipetik dari laporan DailyMail.

Difahamkan, berat Lykoi betina hanya 2 kilogram (kg) manakala kucing jantan pula boleh mencecah sehingga 3.2 kg. - sinarharian

Khamis, 6 Februari 2014

Kenali Ulama Palsu

Berjuang untuk pertahan kedudukan, sembunyi kebenaran

Islam adalah agama ilmu. Orang berilmu mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam kerana mengenali Wujud yang tertinggi, iaitu Wujud yang hakiki dan pengenalan itu menimbulkan sifat takut dan gerun kepada-Nya (Fatir: 28). Dengan itu al-Quran menggelarkan mereka ‘ulama’

Sayyidina Ali RA. menyatakan mengenal Allah adalah permulaan agama kerana tidak mungkin seorang hamba benar-benar mengerjakan ketaatan kepada-Nya tanpa mengenali Zat, Sifat dan Perbuatannya. 


Takut kepada Allah adalah tanda mengenali-Nya, maka wajiblah kita fahami bahawa mereka yang tidak takut kepada-Nya adalah mereka yang tidak mengenali-Nya. Mereka bukanlah ulama menurut takrifan al-Quran walaupun seluruh manusia menggelarkan mereka ulama. Mereka adalah ulama palsu”

Mengenal Allah adalah maksud sebenar al-Quran, manakala syariat dan ibadah adalah jalan kepada-Nya. Pastilah nyata keutamaan maksud dan jalan yang menyampaikan kepada maksud.

Takut kepada Allah adalah tanda mengenali-Nya, maka wajiblah kita fahami bahawa mereka yang tidak takut kepada-Nya adalah mereka yang tidak mengenali-Nya. Mereka bukanlah ulama menurut takrifan al-Quran walaupun seluruh manusia menggelarkan mereka ulama. Mereka adalah ulama palsu. 

Ciri-ciri ulama palsu

Antara tanda seseorang itu tidak kenal Allah adalah dia berani bercakap sembarangan tentang-Nya, persis percakapan kaum yang kafir yang mengikut hawa nafsu, sedangkan kita ditegah daripada menuruti hawa nafsu mereka setelah datang kepada kita ilmu, yakni petunjuk al-Quran (al-Baqarah: 120). 
Ulama palsu tidak takut kepada Allah kerana mereka lebih bimbangkan kedudukan dan kemasyhuran mereka di sisi manusia. Bagi memastikan kedudukan dan kepentingan diri dan puak yang mereka sokong, mereka sanggup menyembunyikan kebenaran dan membiarkan kebatilan.

Contoh kebatilan itu ialah yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini bahawa menurut seorang tokoh agama dari Timur Tengah, kalimah Allah adalah milik semua manusia. Sekiranya benarlah itu yang dikatakannya, maka ia adalah kebatilan nyata. 

Bagaimanakah mungkin dari segi adab untuk kita mengatakan bahawa Nama Allah milik semua manusia sedangkan Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa Nama-nama Yang Indah itu adalah milik-Nya (al-Hashr: 24), iaitu Nama-nama yang Dia berikan sendiri bagi merujuk kepada Zat-Nya. 

Oleh itu, sesiapa pun selain daripada-Nya tidak layak untuk menggunakannya. Tiada orang yang akan memakai nama Allah, al-Rahman, al-Rahim dan al-Jabbar melainkan dia benar-benar jahil lagi sesat dan tiada kerajaan Islam akan membenarkan perbuatan seumpama itu dilakukan tanpa pembanterasan. 

Yang dibenarkan adalah apabila ditambah di hadapannya perkataan ‘Abd’ yang bererti ‘hamba.’ Maka kita temui nama-nama seperti Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Rahim dan Abdul Jabbar.

Sekiranya nama itu milik semua manusia, sememangnya tiada masalah untuk sesiapa pun menggunakannya kerana pemilik sesuatu memang berhak memperlakukan apa saja dengan apa yang dia miliki. 

Sejarah al-Hallaj

Sejarah menunjukkan bahawa al-Hallaj telah dihukum mati dengan sebab kata-katanya: “Akulah al-Haqq!” Alasannya amat jelas: nama ‘al-Haqq’ itu milik Allah semata-mata, dan ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya bagi merujuk kepada yang selain daripada-Nya. Nasib Hallaj pastilah berbeza sekiranya dia mengatakan: “Ana Abd al-Haqq” (akulah hamba al-Haqq) kerana itu adalah kenyataan yang benar.

Hanya mereka yang tidak kenal Allah dan tidak takut kepada-Nya akan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Kenyataan itu ternyata selari dengan pandangan kaum yang disebut dalam al-Quran sebagai pengikut hawa nafsu. 

Kenyataan seperti itulah yang dinanti-nantikan oleh puak Katholik yang berkeras bahawa kalimah ‘Allah’ adalah milik semua. Mereka mendakwa ‘berhak’ menggunakan nama itu bagi merujuk kepada sebarang tuhan yang disebut dalam kitab mereka sama ada yang dirujuk sebagai ‘God’ (Allah), ‘god’ (allah), mahupun ‘gods’ (allah-allah).

Ternyata mereka berjaya mengelirukan sebahagian orang Melayu dengan memakai hujah kebebasan beragama. Hakikatnya, ini bukanlah soal hak kebebasan beragama, sebaliknya soal pemalsuan kalimah dan penyelewengan makna. 

Malang sekali, terlalu ramai dalam kalangan Muslimin terpedaya kerana bertuankan ulama palsu yang melihat kepentingan politik mengatasi kepentingan agama dan bangsa.
Penulis adalah Fello Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia -BH

Khamis, 9 Januari 2014

Petaka jika persoalan akidah gagal ditangani

Silap tafsiran, diperalat musuh punca umat Islam pecah-belah

Kelahiran Rasulullah SAW, rahmat sangat besar kepada umatnya. Baginda diutus menjadi Rasul pada usia 40 tahun dengan menghidupkan wahyu Allah SWT begitu sempurna melalui perbuatan, perkataan dan pengaku annya, yang dinamakan sunnah nabawiyah. 


Baginda dipuji oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman”. (Surah at-Tau bah, ayat 128) 

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya." Surah Ali-Amran Ayat 19

Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zhilalil Quran mengatakan Allah SWT mengungkapkan ‘dari kaummu sendiri’ me nunjukkan hubungan yang lebih akrab dan ikatan me ngaitkan Rasul dan umatnya. 

Begitu juga pandangan Ibnu Katsir dalam Tafsir Qur’anil Adzim, “Allah SWT menyebutkan limpahan nik mat yang telah diberikan-Nya kepada orang Mukmin melalui seorang Rasul yang diutus oleh-Nya daripada kalangan mereka sendiri, yakni daripada bangsa mereka dan satu bahasa dengan mereka.”

Rasulullah SAW juga sangat menginginkan umatnya memperoleh hidayah serta kebaikan di dunia serta ke baikan di akhirat. Maka segala hal yang diperintahkan Allah SWT untuk disampaikan kepada umatnya telah Baginda sampaikan. 

Segala perkara yang mendekatkan umatnya ke syurga dan menjauhkan dari neraka telah disampaikan. Bahkan Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang terbaik pada hari perhitungan kelak supaya umatnya beroleh syafaat. Inilah antara bentuk kasih sayang Rasulullah kepada umatnya. 
Rahmat daripada kelahiran Rasulullah

Rahmat daripada kelahiran Rasulullah SAW merang kumi pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk aki dah, syariah dan akhlak. Dalam soal membersihkan akidah, Baginda membimbing umat mentauhidkan Allah, iaitu Tuhan yang layak disembah.

Kemudian dalam soal syariat atau hukum-hakam aga ma, ia diajar dan diperlihatkan oleh Baginda sama ada melalui teori dan amali. Yakin dan percayalah segala usaha ini meletakkan agama Islam sebagai agama diiktiraf di sisi Allah SWT serta menjamin umatnya kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Inilah kemuliaan Rasulullah SAW, segala tindakan dan perbuatan Baginda untuk mendapatkan keredaan Allah SWT, berpaksikan agama Islam dan jauh sekali untuk mendapatkan kepentingan peribadi. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 19) 

Hari ini persoalan akidah dalam masyarakat Islam di negara kita menimbulkan pelbagai tafsiran dan per tikaian sehinggakan segelintir umat Islam menjadi keliru. Berdasarkan pemerhatian, kesan krisis ini ada sesetengah pihak cuba menentukan kedudukan akidah seseorang sama ada beriman, fasik, murtad dan yang paling malang lagi menjadi kufur. 

Persoalannya, kenapakah isu ini ditimbulkan sedang kan umat Islam hakikatnya bertauhidkan kepada akidah yang sama, beriman kepada Tuhan yang esa dan berkiblat ke arah yang sama.

Ini disebabkan pemahaman sesuatu ideologi, terpe ngaruh dengan gerakan dakwah semasa yang disalah tafsir, salah tafsir ayat al-Quran, taksub kepada fahaman tertentu. Mereka tidak lagi menghormati persaudaraan sesama Islam, batas iman dan kufur yang mengelirukan mereka. 

Cuba bayangkan, mereka sanggup memulaukan sesama umat Islam sehingga berlaku perpecahan dalam ma syarakat dan paling malang ada yang sanggup meng kufurkan sesama sendiri. 

Mereka berpegang pandangan mengatakan orang Islam tidak beramal dengan syariat Allah yang terkandung dalam syahadah di hukum kufur sekalipun melakukan ibadah lain. Ingatlah, inilah bahaya dan ancaman besar yang sedang mendatangi umat Islam.

Persoalan akidah jika tidak ditangani sebaik mungkin akan membawa kepada malapetaka yang boleh me mecah-belahkan ummah dan dikhuatiri dapat melemah kan perpaduan serta akidah umat Islam. 

Perpecahan petanda buruk

Ingatlah, perpecahan dalam kalangan umat Islam satu petanda buruk yang pasti membawa kehancuran kepada umat Islam. Justeru, umat Islam perlu berhati-hati dan berwaspada terhadap ancaman yang boleh membawa kepada perpecahan ummah dan kesesatan akidah. 

Melihat keadaan umat Islam hari ini, marilah kita bermuhasabah kerana adakah selama ini kita telah mem buat yang terbaik untuk memelihara agama, memper tahankan negara atau mungkin ada antara kita telah terpedaya dan diperalatkan pihak musuh untuk meng hancurkan kesucian agama dan tanah air? Fikir dan renungkanlah.

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - sumber

Ahad, 5 Januari 2014

Muslim berakhlak dikasihi semua

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Katakanlah, jika benar kamu mengasihi Allah SWT, ikutilah daku, nescaya Allah SWT mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran, ayat 31) 

Tanda kecintaan Allah SWT kepada hamba-Nya banyak dan kita digalakkan supaya berakhlak sedemikian kerana matlamat hidup hamba di dunia ialah untuk mendapatkan cinta daripada Allah SWT. 

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT yang Maha Tinggi menerangkan: Sesiapa yang memusuhi kekasih-Ku, Aku isytiharkan perang kepadanya. Perbuatan hamba yang paling Aku suka bagi mendekatkan dirinya kepada-Ku adalah mengerjakan perkara yang Aku wajibkan kepadanya. Kemudian hamba-Ku selalu mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan sunat hingga Aku kasih kepadanya. Apabila Aku kasih kepadanya, Aku menjadi telinganya yang mendengar, matanya yang melihat, tangannya yang memegang dan kakinya yang melangkah. Apabila dia meminta, Aku berikan kepadanya dan apabila dia meminta perlindungan daripada-Ku, Aku akan melindunginya.” (Riwayat Bukhari) 


Katakanlah, jika benar kamu mengasihi Allah SWT, ikutilah daku, nescaya Allah SWT mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani” (Surah Ali-Imran, ayat 31)

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya Allah SWT mengasihi seorang hamba-Nya, Allah SWT menerangkan kepada Jibril: Sesungguhnya Allah SWT mengasihi si fulan, hendaklah kamu mengasihinya. Jibril pun mengasihi orang itu. Kemudian Jibril berkata kepada seluruh penduduk langit: Sesungguhnya Allah SWT mengasihi si fulan, hendaklah kamu semua mengasihinya. Seluruh penduduk langit mengasihi orang itu. Kemudian, Allah SWT menjadikan orang itu turut dikasihi oleh hamba Allah yang baik di muka bumi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Istiqamah tunai tanggungjawab

Andainya kita adalah hamba yang dicintai dan dikasihi oleh Allah SWT kerana kesungguhan kita menunaikan tanggungjawab dengan istiqamah, maka kita akan dikasihi semua makhluk malah, malaikat juga mengasihi kita. Alangkah bertuahnya kita.

Namun, bukan mudah untuk kita meraih cinta dan kasih Allah SWT. Bagaimanapun, ia tidak mustahil kerana Allah SWT sudah memberi panduan yang perlu diikut oleh kita semua iaitu menunaikan ibadat wajib, ibadat sunat serta berbuat baik kepada sesama makhluk - sumber